01 / Laman web
- Website bisnes 1 halaman, direka khas
- Sehingga 5 bahagian kandungan utama
- Paparan kemas untuk telefon dan desktop
Untuk bisnes di Malaysia
Starter RM799 ialah website bisnes satu halaman dengan sehingga lima bahagian. Perlukan lebih daripada tu? Cerita je apa yang anda bayangkan, kami susun beberapa pilihan yang jelas.
Website bisnes starter dari RM7991 halaman · sehingga 5 bahagian · hosting + domain standard setahun
Jom cerita pasal website andaWhatsApp je dulu. Kita bincang apa yang sesuai, berapa kos dan bila boleh mula.

Harga mula yang jelas
Sesuai untuk bisnes kecil yang perlukan kehadiran online yang profesional tanpa sistem yang rumit.
01 / Laman web
02 / Pertanyaan & carian
03 / Pelancaran & selepas siap
Perlukan lebih banyak nanti? Halaman tambahan, kemas kini kandungan, bayaran online, tempahan, e-dagang, dashboard, automasi dan ciri tersuai lain boleh ditambah ikut keperluan dan disebut harga berasingan.
Sesuai untuk anda?
Cerita je apa lagi yang anda perlukan selain website starter satu halaman ni. Kami susun skop tambahan dan bagi beberapa pilihan sebelum anda buat keputusan.
Lebih daripada website starter
Contoh ni tunjuk apa yang boleh dibuat dengan setup website yang lebih lengkap. Ciri di luar skop starter satu halaman akan ditentukan dan disebut harga berasingan.

Servis, hasil kerja dan cara hubungi anda disusun supaya orang faham bisnes anda dan tahu nak buat apa lepas tu.
Teks senang baca, gambar sesuai dan butang senang tekan. Halaman yang dipersetujui disemak untuk mobile dan desktop.
Bisnes servis boleh terus ke WhatsApp. Kedai online pula boleh ada katalog dan checkout, ikut skop yang dipilih.
Tengok halaman sebenar, kumpulkan feedback dan kita buat perubahan dalam pusingan semakan yang tertulis dalam sebut harga.
Nak jual online?
Produk dan variasi, cart, payment, delivery dan urus order semuanya mempengaruhi skop. Cerita macam mana anda jual sekarang supaya kami boleh cadangkan setup yang sesuai.
Caj payment, kos platform dan ciri tambahan dijelaskan dalam sebut harga.
Kalau perlukan lebih daripada starter
Starter ialah skop satu halaman RM799 yang diterangkan di atas. Untuk laman lebih besar, kedai online atau ciri tersuai, kami boleh susun 3 pilihan dengan skop dan harga berbeza.
Dari mula sampai serah
Skop bertulis, pilihan pakej, cara bayaran, siapa sediakan kandungan dan jadual kerja.
Halaman dan aliran utama disemak sama-sama, termasuk pertanyaan atau checkout jika berkaitan.
Fail, akses akaun dan panduan untuk setup yang anda pilih, ikut perkara yang dipersetujui dan lesen platform.
Skop starter termasuk dua kemas kini kecil kandungan selepas launch. Hosting dan domain standard termasuk untuk tahun pertama; renewal, maintenance dan perubahan tambahan dinyatakan berasingan.
Untuk bisnes macam anda
Setiap projek ni ikut keperluan pelanggan masing-masing. Jadi, bukan semua ciri yang anda nampak termasuk dalam harga mula RM799.
Dari perbualan ke pelancaran
WhatsApp kami. Cerita apa bisnes anda buat, apa yang diperlukan dan bila nak siap.
Kami susun 3 pilihan siap dengan ciri, skop dan harga. Tak pasti beza yang mana? Kita bincang sama-sama.
Dah jumpa pilihan yang sesuai? Setuju dengan sebut harga, bayar deposit dan kita mula. Lepas tu kita bina, semak sama-sama dan launch.
RM799 tu untuk skop starter satu halaman yang disenaraikan dekat atas. Kalau perlukan halaman tambahan, bayaran online, tempahan, e-dagang atau ciri tersuai, kami susun skop dan pilihan berasingan dulu. Anda semak dan setuju dengan sebut harga sebelum bayar.
Ya. Skop starter termasuk hosting setahun dan satu domain standard. Renewal selepas tahun pertama, domain premium, e-mel, platform berbayar dan kos pihak ketiga lain dinyatakan berasingan jika berkaitan.
Biasanya logo, info servis atau produk, teks, nombor untuk dihubungi dan gambar yang anda boleh guna. Kalau perlukan bantuan menulis, terjemahan atau cari gambar, bagitahu je. Kita tetapkan siapa buat apa dalam sebut harga.
Skop starter RM799 termasuk dua kemas kini kecil kandungan selepas launch. Halaman baharu, perubahan besar dan kemas kini tambahan boleh disebut harga berasingan.
Bergantung pada skop, kandungan dan slot kerja kami. Lepas tengok keperluan anda, kami bagi jadual dalam sebut harga. Kerja mula bila deposit dan kandungan yang diperlukan dah diterima.
Biasanya 50% untuk mula, baki 50% sebelum launch atau handover — sebut harga akan nyatakan jumlah tepat. Kos tambahan atau pihak ketiga kami jelaskan dalam sebut harga.
Tak boleh janji confirm dapat pelanggan. Website bantu orang faham bisnes anda dan senang nak hubungi atau beli. Hasilnya juga bergantung pada trafik, tawaran, persaingan dan macam mana anda follow up.
Langkah seterusnya
Tanya dulu tak kena bayar pun.
Benarkan Meta Pixel untuk mengukur iklan Facebook dan Instagram? Pilihan ini berasingan daripada analitik laman web.Privasi (EN)